Friday, July 31, 2009

KENANGAN TERINDAH PROGRAM PENINGKATAN SAHSIAH











Program peningkatan sahsiah ini telah dijalankan dengan jayanya pada 31 Julai 2009 bersamaan hari Jumaat. seramai 240 orang peserta yang merupakan pelajar perempuan Tingkatan 1 telah menyertainya. program anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling ini merupakan program tahunan yang akan dijalankan pada setiap tahun. seramai 20 orang fasilitator yang telah dilatih mengendalikan modul-modul yang digunakan sepanjang program ini dijalankan. dua orang penceramah telah mengisi dua slot iaitu kaunselor sekolah menengah darul ehsan sendiri iaitu Cik Melati dan Cik Ooi. Objektif program peningkatan sahsiah ini adalah seperti berikut:
1.Membina personaliti yang positif di kalangan pelajar.
2.Membina sikap saling menghormati di kalangan orang yang lebih dewasa.
3.Membantu para pelajar dalam perhubungan yang lebih baik dengan rakan sebaya.
4.Menimbulkan sikap saling hormat-menghormati di antara pelajar.
Antara slot dan ldk yang dijalankan adalah seperti berikut:
Slot 1 Knowing Youself: Key For Success oleh Cik Melati
LDK 1 Wawasan Diri dikendalikan oleh Trainers
Slot 2 9 Q Face oleh Cik Ooi
LDK 2 Satu Hala Dua Hala dikendalikan oleh Trainers
Slot 3 Positive oleh Cik Melati
segala kerjasama yang diberikan oleh guru-guru sekolah menengah kebangsaan darul ehsan, kaunselor-kaunselor, para fasilitator (Trainers) serta semua peserta amat dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih. marilah bersama meningkatkan sahsiah dalam diri kita semua..
Tepuk-tepuk sayang... (tepuk2x)muah (3x)
Sekali lagi... (tepuk2x)muah (3x)

No comments: