Wednesday, August 5, 2009

TEKNIK MENGINGAT




Mengapa lupa???

Adakah kurang penumpuan?
Adakah kerana ada perkara lain yang difikirkan?
Adakah anda tidak mengambil berat tentang perkara itu?
Adakah anda fikir perkara itu tidak begitu penting kepada diri anda?
Ketahui teknik mengingat yang betul..

Belajar secara berkumpulan
Peta Minda
Teknik pembayangan/imaginasi
Peta konsep
Meningkatkan daya ingatan..

Pengamalan tidur yang cukup
Mengawal tekanan
Berhati-hati dengan pengambilan vitamin/makanan
Bersenam
Mengawasi pengambilan ubat
Membaca
Permainan
Memberi fokus
Pemakanan Untuk Otak
makanan yang baik??

Kacang soya
Kacang hijau
Barli
Lobak merah
Jagung
Daun saderi
Limau
Kismis
Kurma
Susu Madu lebah
makanan yang tidak baik??

Aiskrim
Cuka
Asam
Jeruk
Ulam pucuk gajus
Gula-gula
Asam masin
Keropok
Snek
Rokok Dadah
PELIHARALAH MINDA SEBAIK MUNGKIN KERANA DI SITU BERMULA SEGALANYA…..

Monday, August 3, 2009

7 Teknik Motivasi Diri Menjelang Peperiksaan



Teknik 1
Kekalkan Imej Kejayaan
Teknik utama yang saya ingin kongsikan ialah jika anda mahu mengekalkan semangat yang membara dalam diri anda untuk berjaya, anda mesti mengekalkan imej kejayaan di dalam minda anda. Seperti yang anda tahu, minda anda hanya boleh fokus kepada satu perkara sahaja pada satu masa. (There could be only one dominant thought at one time).
Teknik 2
Dekati Sahabat Berfikiran Positif
Jadi, tips kedua ini ialah, dalam usaha anda mengekalkan imej kejayaan dan positif dalam minda anda supaya sentiasa bersemangat, anda perlu bergaul dengan pelajar lain yang juga berfikiran positif dan bersemangat untuk berjaya. Ada Hadith Rasulullah S.A.W. yang mengatakan bahawa kalau kita berkawan dengan penjual minyak wangi, badan kita juga akan berbau harum.
Teknik 3
Jauhi Sahabat Berfikiran Negatif
Sama seperti teknik kedua, jika anda boleh mengekalkan imej positif dan imej kejayaan dalam minda anda dengan berkawan dengan pelajar-pelajar yang bersemangat untuk berjaya, anda juga boleh kekalkan imej positif dengan menjauhkan diri daripada pelajar-pelajar yang bersifat negatif, malas, biadap, bising dalam kelas dan tidak mementingkan pelajaran mereka. Ada satu pepatah Inggeris yang mengatakan bahawa, “Jika anda mahu terbang bersama helang di langit, anda tidak boleh terus mencakar bersama ayam di tanah”.
Teknik 4
Mulakan dengan api yang kecil
Teknik motivasi diri menjelang peperiksaan yang keempat ialah, mulakan dengan api semangat yang kecil dan biar ia merebak menjadi api semangat yang berkobar-kobar. Biar saya terangkan dengan lebih lanjut.
Ada dua kaedah utama untuk menyalakan api semangat yang kecil ini.
1. Menguasai satu bahagian kecil subjek
2. Mencari faktor atau perkara yang boleh menyalakan api semangat yang kecil itu.
Teknik 5
Lakonkan Watak Kejayaan
Apa yang perlu anda buat ialah, apabila anda hendak duduk dan mula belajar, berlakon seolah-olah anda adalah seorang pelajar paling pintar di Malaysia. Apabila hendak berlakon, anda perlu buat betul-betul seperti orang berlakon.
Mengapa perlu berlakon?……… Sebabnya, otak anda tidak dapat membezakan sama ada berlakon atau betul-betul rasa seronok dan pintar semasa belajar. Jadi, bila anda berlakon seperti pelajar pintar, pergerakan tubuh anda akan berubah jadi seperti pelajar pintar dengan sendirinya. Tetapi yang lebih hebat, pemikiran anda akan jadi lebih lancar dan lebih mudah untuk memahami sesuatu. Pendek kata, anda betul-betul jadi pelajar pintar.
Teknik 6
Kurangkan Tekanan Perasaan
Peperiksaan sudah semakin hampir. Bagaimanakah perasaan anda? Tertekan? Letih? Gementar? Atau anda rasa gembira kerana debaran sepanjang tahun ini akan berakhir tidak lama lagi?
Merasa gementar atau tertekan adalah perkara biasa. Namun perkara biasa ini boleh menjadi luar biasa jika anda tidak boleh mengawalnya.
Teknik 7
Doa
Tips ketujuh untuk motivasi diri menjelang peperiksaan yang ingin saya kongsikan hari ini adalah teknik yang paling penting dan meliputi semua teknik-teknik yang telah saya berikan. Jangan fikir ini teknik terakhir maka ia tidak penting! Saya letakkan teknik ini di bahagian teknik paling akhir kerana anda perlu faham teknik pertama hingga keenam dahulu sebelum anda boleh kuasai teknik ke tujuh ini. Teknik ini ialah doa yang khusus.

Saturday, August 1, 2009

HOW TO BE A BETTER COMMUNICATOR??




CUBA TIPS INI...

Sedarlah, gugup itu normal
Bersedia dan berlatih secukupnya
Cari pengalaman
Berada dalam diri audien
Bergerak-gerak dan tarik nafas
Petua agama
Elak pegang kertas
Minum air kosong
Elak jalin pertemuan mata dengan setiap orang
Tenangkan diri secara jasmani sebelum berucap
Lakukan senaman kecil
Kenalpasti audien
Fikir positif
Tanya soalan
Buat permulaan berdiri di belakang podium/rostrum
Jangkakan soalan
Elak hafal seluruh isi kandungan atau isi utama Jangan bagitahu audien anda takut
Cakap perlahan
Biasakan diri dengan ruang/datang awal
Faham isu yang diucap atau dibentangkan
Bersantai
Yakin diri
Tukarkan perasaan gementar kepada tenaga positif
Kutip pengalaman
Tunjukkan minat dan rasa seronok hadir dalam majlis tu
Jangan duduk dalam keadaan resah gelisah/tunjukkan muka letih, tergesa/tak tenang
Sebenarnya, kita kelihatan lebih berkeyakinan daripada apa yang kita rasa
Audien datang untuk dengar ucapan kita bukan mencari kesilapan kita
Tumpukan lebih perhatian kepada isi ucapan daripada cara hendak mengucapkannya
Semasa bangun dan berjalan menuju mikrofon hendaklah berjalan dengan badan tegak, bergaya dan bertenaga
Berdiri sebentar di depan mikrofon jangan terus bercakap. Pandang wajah-wajah audien seketika kemudian baru mula bercakap
Fokus pada ucapan dan elakka daripada melakukan/memikirkan perkara lain.
cth: apa audien fikirkan mengenai anda
Awasi cara duduk
Jalin hubungan mata dengan audien yang mesra, senyum atau mengangguk
Anggap audien sebagai rakan dan jangan terlalu risau hadirin ramai
Cuba hafal minit-minit awal
Jalan ke tengah audien bila dah mula yakin