Friday, July 31, 2009

KENANGAN TERINDAH PROGRAM PENINGKATAN SAHSIAH











Program peningkatan sahsiah ini telah dijalankan dengan jayanya pada 31 Julai 2009 bersamaan hari Jumaat. seramai 240 orang peserta yang merupakan pelajar perempuan Tingkatan 1 telah menyertainya. program anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling ini merupakan program tahunan yang akan dijalankan pada setiap tahun. seramai 20 orang fasilitator yang telah dilatih mengendalikan modul-modul yang digunakan sepanjang program ini dijalankan. dua orang penceramah telah mengisi dua slot iaitu kaunselor sekolah menengah darul ehsan sendiri iaitu Cik Melati dan Cik Ooi. Objektif program peningkatan sahsiah ini adalah seperti berikut:
1.Membina personaliti yang positif di kalangan pelajar.
2.Membina sikap saling menghormati di kalangan orang yang lebih dewasa.
3.Membantu para pelajar dalam perhubungan yang lebih baik dengan rakan sebaya.
4.Menimbulkan sikap saling hormat-menghormati di antara pelajar.
Antara slot dan ldk yang dijalankan adalah seperti berikut:
Slot 1 Knowing Youself: Key For Success oleh Cik Melati
LDK 1 Wawasan Diri dikendalikan oleh Trainers
Slot 2 9 Q Face oleh Cik Ooi
LDK 2 Satu Hala Dua Hala dikendalikan oleh Trainers
Slot 3 Positive oleh Cik Melati
segala kerjasama yang diberikan oleh guru-guru sekolah menengah kebangsaan darul ehsan, kaunselor-kaunselor, para fasilitator (Trainers) serta semua peserta amat dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih. marilah bersama meningkatkan sahsiah dalam diri kita semua..
Tepuk-tepuk sayang... (tepuk2x)muah (3x)
Sekali lagi... (tepuk2x)muah (3x)

Thursday, July 23, 2009

CONGRATULATIONS TO MY LECTURER..



Penyelidik UPSI hasilkan Prodigy bantu kaunselor tingkat kemahiran, jalan tugas lebih berkesan BEBAN tugas banyak, kurang mahir menjalankan program serta tidak mempunyai bahan atau maklumat bagi mengendalikan perkhidmatan adalah antara masalah dihadapi guru bimbingan dan kaunseling melaksanakan tanggungjawab mereka. Justeru, sekumpulan penyelidik Jabatan Bimbingan dan Kaunseling, Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) diketuai Ab Aziz Mohd Yatim menghasilkan modul perisian interaktif bersepadu bimbingan dan kaunseling, Prodigy, bagi merungkai segala permasalahan itu.
Ab Aziz berkata, perisian itu dibangunkan bagi membantu kaunselor melengkapkan diri dengan kemahiran berkaitan supaya dapat menjalankan tugas lebih cekap dan berkesan. Menerusi dua kandungan utamanya, iaitu pengurusan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling serta modul latihan kursus, beliau berkata: “Pengurusan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling mengandungi penyediaan kertas kerja program, analisis, penerbitan buletin, carta Gantt, soal selidik program, perancangan program, e-kaunseling, jadual, laporan, penyediaan sijil, buku program dan borang berkaitan.
“Kandungan modul latihan kursus pula membabitkan ice-breaking, energizer, kemahiran belajar lima domain, motivasi tenaga bawah sedar (subconscious), kemahiran komunikasi P, A, C, (parents, adult, child). “Selain itu, pengendalian disiplin alternatif, kasih sayang tanpa syarat (Agape Love), kepemimpinan, kerjaya, personaliti, bina pasukan (team building), relaksasi, kembarun, penghasilan video serta modul pemikiran kreatif.” Menggunakan modul pengurusan perkhidmatan, beliau berkata, masalah penulisan laporan, kertas kerja, sesi kaunseling dan perancangan bulanan dapat dilakukan lebih sempurna kerana proses dokumentasinya boleh disiapkan dalam tempoh singkat. Ab Aziz berkata, ketidakupayaan guru bimbingan dan kaunseling menjalankan kursus atau program pula dapat diatasi menerusi modul latihan kursus yang membolehkan mereka melihat kaedah pengendalian modul tertentu melalui VCD dibekalkan.
“Dengan memiliki modul ini, kaunselor akan dapat mengendalikan kursus mengikut kepelbagaian keadaan pelajar seperti nakal, cemerlang, kepemimpinan, lemah pelajaran, kursus bina pasukan, keibubapaan dan kemahiran belajar tanpa pergantungan tinggi terhadap perkhidmatan perunding motivasi luar,” katanya. Mengenai pendekatan modul itu, beliau berkata, ia lebih mesra pelajar seperti Ice Breaking mengandungi permainan kreatif menggalakkan pelajar menonjolkan potensi dan aspek positif dalam diri seperti rasa hormat kepada rakan, toleransi dan persaingan sihat. Modul kemahiran belajar lima domain pula, katanya, antara lain membimbing pelajar menggunakan konsep sinergi dan kreativiti untuk merangsang otak kanan bekerja supaya dapat belajar dengan berkesan serta mengingati kandungan pembelajaran dengan lebih mudah. Beliau berkata, pemupukan kasih sayang dalam komuniti pula diwujudkan menerusi modul Agape Love yang menggalakkan peserta mengamalkan sikap positif itu tanpa mengira agama, bangsa dan kaum sejajar semangat Satu Malaysia. “Selain kegunaan guru bimbingan dan kaunseling di sekolah, Prodigy juga boleh dimanfaat kaunselor pelajar institusi pengajian tinggi serta pengendali program latihan bagi membangun potensi diri golongan sasaran,” katanya. Prodigy mendapat beberapa pengiktirafan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa, antaranya pingat perak pada Pameran Reka Cipta, Inovasi dan Teknologi (Itex 2009), Anugerah Inovasi UPSI 2005, selain turut didedahkan pada Pameran Antarabangsa Reka Cipta, Produk dan Teknik Baru 2006 di Geneva, Switzerland.
INFO: 10 teras Modul
1) Modul Ice Breaking- Permainan kreatif menggalakkan pelajar menonjolkan potensi dan aspek positif mereka.
2) Modul Kemahiran Belajar Lima Domain- Gaya pembelajaran membabitkan lima domain, iaitu audio, visual, kognitif, afektif dan psikomotor.
3) Modul Agape Love (Kasih Sayang Tanpa Syarat)- Perkongsian cerita dan pengalaman bersama peserta bagi mewujudkan suasana kasih sayang dalam komuniti.
4) Modul Subconscious (Tenaga Bawah Sedar)- Perkongsian cerita dan pengalaman bagi menimbulkan kesedaran peserta mengenai kekuatan dalaman untuk dimanfaat bagi meningkat pencapaian akademik ke tahap cemerlang.
5) Modul Kembarun- Aktiviti luar yang menguji tahap kekuatan sesebuah kumpulan bagi menyedarkan peserta bahawa dalam mengharungi kehidupan mesti ada halangan dan cabaran serta setiap kejayaan ditempa mesti menempuh kesusahan
6) Modul Komunikasi- Ceramah mengenai kemahiran komunikasi melalui pendekatan komunikasi Transaksional dipelopori Erick Berne, iaitu parent, adult dan child (PAC).
7) Modul Personaliti- Peserta didedahkan ciri personaliti diri melalui ujian personaliti bagi mengenal pasti kekuatan dan kelemahan mereka.
8) Modul Inteam- Menguji kekuatan sesuatu kumpulan dalam mengharungi permasalahan organisasi bagi memberi kesedaran pentingnya kerja berpasukan, selain meningkatkan semangat kekitaan dan kerjasama.
9) Modul Kerjaya- Ujian Inventori dibekalkan kepada peserta bagi mengenali diri dan potensi diri melalui enam jenis personaliti dan persekitaran kerja.
10) Modul Relaksasi- Ceramah pengurusan tekanan bagi membolehkan peserta menghadapi dan mengendali tekanan terutama pada saat genting seperti peperiksaan atau mengalami masalah peribadi.

Sunday, July 19, 2009

SELF-ESTEEM???

10 CARA MEMBINA MOTIVASI DIRI
1. Perbaiki Imej Anda
- Lakukan sedikit perubahan.
Cth:Kalau sebelum ini suka pakai baju warna kusam,tukar kepada warna yg lebih ceria.
- Jangan terlalu pendiam dan jgn juga terlalu bising.
2. Lakukan Senaman Ringan
-Kajian:tidak semua org boleh lakukan senaman berat.
-Senamkan minda anda
Cth: membaca buku dan merenung pemandangan indah.-Permainan video juga satu senaman ringan tetapi lebih kepada bersantai.
3. Senyummmmm...
-Boleh ubah segala-galanya.
-Anda akan berasa tenang dengan memberi senyuman kpd org lain
-Org lain turut senang dgn anda dan hidup anda akan lebih ceria.
4. Berfikiran Positif
-Dapat keluarkan arus Alpha(kecemerlangan)
-Perkara sukar menjadi senang ---Dapat lahirkan idea-idea positif
5.Dapatkan Tidur Yang Cukup
-Tidur yang tidak berkualiti mencetuskan arus Theta atau Delta (dua arus kemundurun)Cth:tidur2 ayam
-Runsing adalah disebabkan keletihan
-Dapatkan kesegaran tubuh
6.Luahkan Pada Seseorang
- Perlukan sahabat
- Dapatkan nasihat
- Jika tiada, dapatkan khidmat kaunselor yg lebih profesional
7.Curahkan Di Atas Kertas
- Curahkan semua yg merunsingkan di atas kertas
- Jgn tertinggal satupun
- Musnahkan kertas itu seperti anda menghapuskan kerunsingan itu dari diri anda.
8.Bersedia Untuk Berubah
- Jgn teragak-agak utk berubah.
- Anda juga mempunyai keistimewaan seperti org lain
- Tekadkan kesungguhan kerana ia kunci kejayaan
9.Cari Kegemaran Baru
-Kegemaran ada jangka hayat.
-Ubah kegemaran mengikut situasi anda.
-Dapat hilangkan rasa bosan
-Anda akan rasa lebih ceria sepanjang masa.
-Boleh meningkatkan semangat untuk belajar
10.Bertegaslah Dengan Diri Anda
- Berpegang teguh kpd keputusan
- Hargai diri anda sebagai pelajar
- Jika mengambil keputusan untuk berada di Universiti, tetapkan matlamat dan tujuan anda sebagai pelajar.


Selepas dah buat semua itu……nak buat apa lagi??
Kita berdoa kepada Tuhan agar merahmati segala usaha kita selama ini... Amin..

TIPS MENGHADAPI TEMUDUGA








PERSEDIAAN UNTUK TEMUDUGA
Selidik dan dapatkan maklumat
Kelulusan akademik serta kelulusan lain
Berhati-hati megisi borang permohonan
Tahu isu semasa

  1. PADA HARI TEMUDUGA
    •Pakaian yang sesuai, kemas lagi bersih
    •Dokumen
    •Cuba untuk sampai antara 10 - 15 minit lebih awal
    •Mengetuk pintu terlebih dahulu

TINGKAH LAKU SEMASA TEMUDUGA

'DO'
•Tiba ke tempat temuduga dengan awal
•Berpakaian Kemas
•Bersopan dalam komunikasi
•Jawab soalan dengan tenang dan yakin
•Sentiasa senyum dan kawal pergerakan mata
•Dengar dengan teliti soalan penemuduga
•Jawab soalan dengan jawapan yang ringkas,mudah tetapi padat
•Fokus pada kekuatan/kelebihan anda
•Bertanya soalan yang berkaitanBerterima kasih pada penemuduga

'DONT'
•Datang lewat ke tempat temuduga
•Berpakaian tidak sopan /menjolok mata / selekeh
•Terlupa membawa ‘resume’ dan sijil-sijil
•Menjawab dengan jawapan yang meleret
•Terlampau yakin/ gentar
•menjawab soalan-soalan dengan tergopoh-gapah
•berbohong ataupun mendiamkan diri
•mengunyah sesuatu semasa temuduga sedang berjalan
•menyampuk semasa penemuduga sedang bercakap atau berbincang sesuatu di antara mereka
•bahasa campur-aduk
ØI fikir problem ini tidak dapat diselesaikan
ØYou taulah, problem ini begitu complicated
•hulurkan tangan anda untuk berjabat tangan selagi penemuduga itu tidak membuat gerakan dahulu
•terus duduk melainkan telah dijemput berbuat demikian
•cuba hendak mengalih keadaan kerusi yang disediakan
•duduk bersilang kaki
•cuba hendak menjenguk atau membaca surat-surat dan lain-lain kertas yang terdapat di atas meja penemuduga

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA LAYARI..
http://www.spp.jpm.my/

PENGALAMAN MERUPAKAN GURU YANG TERBAIK!PERSEDIAAN ADALAH KUNCI KEJAYAAN ANDAINYA ANDA MENDEDAHKAN RAHSIA KEPADA ANGIN,JANGAN PULA TERKEJUT SEKIRANYA ANGIN MENDEDAHKAN RAHSIA KEPADA POKOK.... - KAHLIL GIBRAN

Saturday, July 18, 2009

MENDIDIK ANAK SECARA BERKESAN


MENDIDIK ANAK....


¡Merupakan satu proses yang berpanjangan, proaktif, dan rumit.
(Dato’ Dr. Hj. Mohd. Fadzilah bin Haji Kamsah, 2002)
¡Menuntut kesabaran yang tinggi.
(Noraini Ahmad, 2003)
¡Merupakan 1 bidang ilmu kesenian dalam keibubapaan.
(John Gray, 2000)


1)KEPERCAYAAN DALAM DIRI
•MELALUI PERSEKITARAN
•TIDAK MENGUNAKAN PERKATAAN YANG KASAR
•TIDAK MEMBUAT PERBANDINGAN
2)MEMBERIKAN PUJIAN
•KEBAIKAN YANG MEREKA LAKUKAN
TIDAK TERUS MENGHUKUM
3)KONSISTEN SOAL DISIPLIN
•UNTUK MENDISIPLINKAN ANAK-ANAK
•PERATURAN YANG SERAGAM
4)SEDIAKAN MASA
•MASA BERSAMA
•MENGETAHUI MASA ANAK BERSAMA ORANG LAIN
5)MENJADI CONTOH YANG BAIK
•MODEL KEPADA ANAK
6)KOMUNIKASI
•MENYELESAIKAN MASALAH BERSAMA
•MENDENGAR DAN MENERIMA PENDAPAT ANAK-ANAK

“Didiklah anak dengan lembut tapi tegas,
Jangan berlembut sahaja,
Nanti dia akan memijak kepala kita,
Jangan bertegas sahaja,
Nanti dia akan membenci kita.”

¡Ibu bapa perlu mendidik anak secara menyeluruh dan bersepadu dari segi:
“akal, emosi, hati, nafsu dan fizikal”
¡Didiklah anak sejak di alam rahim-ilmu ketuhanan
¡Seeloknya didiklah anak sebelum akil baligh
Jadilah seorang ibu dan ayah yang prihatin, penyabar, penyayang, konsisten, fleksibel, ceria dan jujur.

“kehebatan personaliti anak mencerminkan kehebatan personaliti ibu bapa yang mendidiknya, begitulah sebaliknya. Jika anak kita bermasalah, usah sibuk mencari punca luaran kepada masalah mereka…”
(Dato’ Dr. Hj. Mohd. Fadzilah bin Haji Kamsah, 2002)

STRESS??


APA ITU STRESS??
•Berasal dari istilah ilmu fizik yang bermakna regangan atau tekanan ke atas sesuatu sistem.
•Reaksi fizikal & mental terhadap tekanan dan cabaran yang dihadapi oleh seseorang individu.
•Boleh memberikan kesan yang positif @ negatif kepada individu.
PUNCA2 STRESS??
•Sifat perfectionist
•Sifat mendesak
•Berfikiran negatif
•Bebanan tanggungjawab
•Menghadapi masalah @ konflik
•Cita-cita yang tidak realistik
LANGKAH2 NAK TANGANI STRESS
•Kaji semula punca-punca yang mengakibatkan stress & perbetulkan apa yang tidak betul.
•Mengawal & mengurus emosi dengan baik.
•Sentiasa berfikiran positif.
•Mengurus masa dengan baik.
•Menggunakan pendekatan agama.
•Menggunakan teknik pernafasan & relaksasi.
•Beriadah & melakukan aktiviti yang disukai.

•Stress yang tidak diurus akan menyebabkan masalah emosi, mental, kesihatan, hubungan & berbagai masalah lain.
•Urus stress anda dengan bijaksana.
•“Sebenarnya anda yang memilih untuk stress ataupun tidak. Oleh itu, ia terpulang kepada anda”.
Dato’ Dr. Hj Mohd Fadzilah Kamsah

ARRRHHHHHGGGGG...MARAH KER??

•Ingatlah 3B iaitu berhenti, berfikir dan bertindak sebelum melakukan tindakan.
•Ketika berjalan di jalanraya, kita akan berhenti apabila lampu isyarat merah. Begitu juga keadaannya bila kita berasa marah
•Kita mesti mengenali ‘kemarahan’ (“Butang merah”) barulah kita akan berhenti.
•Berhenti adalah langkah yang sangat penting supaya tiada kemalangan atau kejadian buruk akan berlaku Dengan lampu kuning, kita akan berfikir. Selepas berfikir, barulah selamat untuk kita berjalan apabila lampu hijau.

LATIHAN

1.Tarik nafas panjang
2.Kira hingga 10
3.Teruskan mengira dan menarik nafas panjang
4.Bayangkan pemandangan yang indah dan tenang
5.Bicara diri yang positif
6.Tinggalkan tempat itu.