Wednesday, April 13, 2011

SEMAKAN PERMOHONAN KE IPTA, MATRIKULASI, ASASI, KPLSPM DAN TINGKATAN 6


Bulan April dan Mei adalah bulan yang agak sibuk dan kritikal terutamanya kepada semula pelajar lepasan SPM, lepasan STPM, lepasan diploma dan lepasan Matrikulasi. Ini kerana kesemua lepasan pelajar berpusu-pusu untuk menghadiri pelbagai temuduga dan menyemak status permohonan untuk menyambung pengajian.

Berikut adalah senarai tarikh-tarikh penting yang boleh dijadikan rujukan untuk semakan status permohonan dan temuduga bagi UPU, IPTA 2011, KPLSPM 2011, Matrikulasi 2011, Politeknik dan Tingkatan 6 bagi tahun 2011.

UPU – Lepasan SPM

· Semakan Temuduga (jika ada) :11 April 2011 Rujukan:

UTM

UITM

UPSI

UPNM

· Temuduga : 14 – 18 April 2011

· Keputusan Permohonan : Mei 2011 Rujukan: upu.mohe.gov.my

· Penerimaan Tawaran : Mei 2011 IPTA

· Pendaftaran Pelajar Baru: 1 Jun 2011

UPU – Lepasan STPM & Setaraf – Bukan Pendidikan

· Semakan Temuduga: 22- 24 April 2011 Rujukan: UPNM, UiTM, UIAM, UKM, UPM, UUM, UTM, UMS, UM

· Temuduga: 25 April- 5 Mei 2011

· Keputusan Permohonan: Jun 2011 upu.mohe.gov.my

· Pendaftaran Pelajar Baru: 3 & 4 September 2011

UPU – Lepasan STPM & Setaraf – Pendidikan

· Semakan Ujian MEdSI: 22 April 2011 Rujukan: mpm.edu.my

· Ujian MEdSI: 30 April 2011

· Semakan Temuduga: 13 Mei 2011 Rujukan: upu.mohe.gov.my

· Temuduga 18 – 25 Mei 2011

· Keputusan Permohonan Jun 2011

· Pendaftaran Pelajar Baru 3 & 4 September 2011

USM (Universiti Sains Malaysia)

· Semakan Ujian MUnSyI: 24 Mac 2011 pohon.usm.my

· Ujian MUnSyI: 9 April 2011

· Semakan Temuduga: 20 April 2011

· Temuduga: 23 – 29 April 2011

· Keputusan Permohonan: Mei 2011

· Pendaftaran Pelajar Baru: 3 & 4 September 2011

Matrikulasi

· Keputusan Permohonan: 28 April 2011 moe.gov.my

· Pendaftaran Pelajar Baru: 23 Mei 2011

· Keputusan Rayuan dan Ambilan Kedua: Mei 2011

· Pendaftaran Pelajar Baru (Rayuan dan Ambilan Kedua) : Jun 2011

KPLSPM 2011

· Semakan Temuduga: 12 April 2011 moe.gov.my

· Temuduga & Ujian Insak : 18 – 29 April 2011

· Semakan Temuduga(Ambilan Khas): 25 April 2011

· Temuduga & Ujian Insak: 2- 5 Mei 2011

· Keputusan Permohonan : 21 Mei 2011

· Pendaftaran Pelajar Baru: 20 Jun 2011

Politeknik

· Semakan Panggilan Temuduga: 8 & 13 April 2011 politeknik.edu.my

· Temuduga: 11 – 25 April 2011

· Ujian Bertulis: 17 – 25 April 2011

· Keputusan Permohonan (Tanpa Bertemuduga): 22 Mei 2011

· Keputusan Permohonan (Bertemuduga): 30 Mei 2011

· Pendaftaran Pelajar Baru: 3 Julai 2011

PILN JPA

· Semakan Temuduga: 8 – 16 April 2011 Rujukan: esilav2.jpa.gov.my

· Temuduga: 12 – 15 April 2011

· Keputusan Temuduga: Mei 2011

· Program Perdedahan Kerjaya Seorang Doktor: 10 – 12 Mei 2011

· Keputusan Rayuan: Jun 2011

· Pendaftaran Pelajar Baru: Jun/Julai/Ogos 2011

PILN MARA

· Semakan Temuduga: 14 April 2011 Rujukan: mara.gov.my

Tingkatan 6

· Semakan Tawaran ke Tingkatan: 6-9 Mei 2011 moe.gov.my

· Pendaftaran Pelajar Baru: Mei 2011

· Permohonan Pertukaran Jurusan: Mei 2011 Pengetua Sekolah

· Tarikh Tutup Rayuan: Jun 2011 Pengetua Sekolah


Thursday, March 24, 2011

Berita Baik untuk Lepasan SPM yang mendapat kurang dari 4 Kepujian

Peluang anda masih ada untuk masuk ke IPTA.. anda boleh memohon masuk ke program pra diploma di UITM atau universiti yang lain yang menawarkan Program Pra Diploma... terdapat 3 program Pra yang di tawarkan iaitu:
1. Pra Diploma Sains
2. Pra Diploma Perakaunan
3. Pra Diploma Perdagangan
Di bawah ini ada link ke e-Borang pra diploma UITM yang memerlukan 3 Kepujian dan Lulus BI dan Matematik atau bg sains, perlu kepujian matematik, lulus BI dan salah satu subjek Sains sahaja.. program tersebut selama 6 bulan hingga setahun dan selepas itu anda akan di serap ke program diploma dalam program berkaitan ke UITM
Sebelum membuat permohonan anda dikehendaki membeli no PIN untuk program UITM sahaja di kaunter BSN...
Selamat mencuba!!!

http://www.online.uitm.edu.my/pra/

Tarikh Tutup: 31 Mac 2011

Saturday, March 19, 2011

PELUANG LANJUTAN PENDIDIKAN LEPASAN SPM

Bagi lepasan SPM, terdapat beberapa peluang pendidikan yang boleh anda terokai... antaranya adalah;


1. Kepada lepasan SPM yang berminat untuk menjadi seorang GURU, anda boleh membuat permohonan di laman web seperti di bawah sebelum 21 Mac 2011. Sebelum itu, anda perlu membeli no pin di kaunter BSN.

2. Untuk permohonan kemasukan ke IPTA dalam sebarang jurusan atau kursus, permohonan untuk fasa 2 sedang dibuka sehingga 4 April 2011. Anda juga perlu membeli no pin di kaunter BSN. Laman web untuk urusan permohonan adalah seperti berikut:

3. Bagi pelajar yang lebih berminat dengan aliran kemahiran seperti automotif, mekanikal, elektronik dan sebagainya, anda boleh memohon untuk ke Politeknik, Institut Kemahiran Mara, Institut Latihan Perindustrian dan lain-lain di laman web ini. Sebelum itu, beli no pin di kaunter BSN. Tarikh tutup permohonan adalah pada 4 April 2011

4. Kolej Komuniti adalah untuk pelajar yang hanya meminati bahagian kemahiran. Permohonan kemasukan ke kolej komuniti boleh dibuat di Laman web ini.

5. Bagi permohonan ke Matrikulasi, permohonan boleh dibuat melalui sekolah masing2 di mana permohonan dibuka pada bulan September/Oktober setiap tahun.

6. Bagi pelajar lepasan SPM yang ingin memilih IPTS sebagai pilihan pendidikan lanjutan, anda boleh menyemak terlebih dahulu samada kolej yang anda pilih mempunyai kelulusan dari Agensi Kelayakan Malaysia MQA di laman web ini dan permohonan terus boleh dibuat melalui laman web IPTS tersebut.

Kepada semua lepasan SPM, diharapkan semoga info ini dapat membantu anda memilih pendidikan lanjutan yang bersesuaian dengan anda. Semoga Berjaya!!

Tarikh Keputusan SPM 2010

Petikan akhbar NST - Keputusan SPM diumumkan pada 23 Mac 2011
Semalam, Datuk Abdul Ghafar Mahmud mengesahkan bahawa keputusan SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) 2010 akan diumumkan pada Rabu, 23 March 2011. Pastinya kesemua 467, 970 pelajar yang menduduki Peperiksaan SPM pada 23 November hingga 20 Disember lalu berdebar-debar menanti keputusan SPM diumumkan. Walau apa pun, diharapkan para lepasan SPM menggunakan keputusan yang diperoleh dengan sebaik mungkin untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi…peluang pendidikan anda bukan terhenti di sini..masih banyak peluang di luar sana..

Sunday, March 13, 2011

PROGRAM BIJAK TANPA TARA (BITARA) KEM KECEMERLANGAN PMR DAN SPM 2011



KENANGAN TERINDAH...

Walau pelbagai dugaan aku tempuhi, semua ini banyak men
gajar aku erti kesabaran..kini aku semakin tabah dan kuat kerana ku tahu disebalik bantahan, aku ada ramai sokongan... terima kasih team guru-guru yang banyak membantu aku merealisasikan program ini.. kepada semua anak2 didik ku..
.terima kasih kerana kamu semua menyokong cikgu tanpa jemu.. Sayang kalian.. Terima kasih juga yang tidak terhingga ke
pada En Amin Idris kerana sudi menjayakan program ini... di sini ku titipkan seribu kenangan manis yang tak kan bisa ku ceritakan dengan kata-kata...


Sunday, March 6, 2011

TEKNIK MENGHADAPI TEMUDUGA

ADAKAH ANDA BERSEDIA???

1) Tiba lebih awal

2) Bawa salinan dokumen yang tepat

3) Ketahui nama dengan tepat

4) Gambaran pertama

5) Tingkah laku

6) Bersopan santun

7) Jawab dengan tepat

8) Jangan menggelabah

9) Menyediakan soalan

10) Gaji

11) Maklum balas


TIPS KEJAYAAN DALAM TEMUDUGA


Sebelum temuduga anda

  • Dapatkan pelbagai maklumat tentang organisasi berkenaan dan membiasakan diri dengan visi, misi, aktiviti-aktiviti utama serta prestasi kewangannya. Ini adalah penting untuk menunjukkan anda benar-benar berminat untuk menyandang jawatan yand dipohon itu. Maklumat yang diperoleh itu boleh membantu anda menjawab sebarang soalan secara tepat dan betul. Majikan pada lazimnya mengemukakan soalan seperti ini : “ Apakah yang anda tahu tentang syarikat kami?’
  • Bersedia untuk jawab serta tanya soalan. Sesuatu temu duga merupakan perbualan dua hala. Bagi anda, temu duga mempunyai dwi tujuan: yang pertama, untuk “menjual” anda ,dan yang kedua ialah untuk menilai jawatan itu. Setelah menanya pelbagai soalan, penumu duga biasanya meminta anda menanyakan soalan. Anda perlu menanyakan soalan yang bernas seperti: adakah syarikat merancang untuk meluaskan operasinya? Apakah falsafah pengurusan dan nilai-nilai syarikat? Apakah arah aliran yang penting dalam industri yang diceburi oleh syarikat? Bagaimana tanggungjawab kepimpinan saya akan di ukur? Apakah kelebihan dan kelemahan syarikat berbanding dengan pesaingnya? dan sebagainya.
  • Sediakan pakaian yang kemas.. Sut kelabu,hitam atau biru kelasi atau pakaian dengan tali leher sahaja adalah sesuai.
Semasa temuduga anda

Tiba sekurang-kurangnya 30 minit sebelum temu duga diadakan.

  • Beri salam kepada panel penemuduga
  • Dengar dengan teliti semua soalan dan beri jawapan yang bernas .
  • Jika anda tidak faham soalan, minta penjelasan.
  • Berbual secara terbuka, terang dan jujur dan mengatasi sifat malu anda
Ucapkan terima kasih kepada penemuduga pada akhir sesi.

Friday, March 4, 2011

Lagu Kebangsaan PRS

Giat berusaha mencapai bahagia
Jati diri dibina
Membantu rakan sesama sebaya
Pembimbing rakan sebaya
Membantu rakan sesama sebaya
Pembimbing rakan sebaya

Kami bukan yang terbaik
Dikalangan yang terpilih
Kami sebagai modal insani
Faham erti sejati
Kami sebagai modal insani
Faham erti sejati

c/o Kami PRS seluruh negara
Pembimbing rakan sebaya
Membina visi nan suci
PRS faham sejati

Etika kami amalkan
Rahsia tetap digenggam
Prinsip piagam jadi panduan
Maruah dipertahankan
Prinsip piagam jadi panduan
Maruah dipertahankan