Monday, August 3, 2009

7 Teknik Motivasi Diri Menjelang Peperiksaan



Teknik 1
Kekalkan Imej Kejayaan
Teknik utama yang saya ingin kongsikan ialah jika anda mahu mengekalkan semangat yang membara dalam diri anda untuk berjaya, anda mesti mengekalkan imej kejayaan di dalam minda anda. Seperti yang anda tahu, minda anda hanya boleh fokus kepada satu perkara sahaja pada satu masa. (There could be only one dominant thought at one time).
Teknik 2
Dekati Sahabat Berfikiran Positif
Jadi, tips kedua ini ialah, dalam usaha anda mengekalkan imej kejayaan dan positif dalam minda anda supaya sentiasa bersemangat, anda perlu bergaul dengan pelajar lain yang juga berfikiran positif dan bersemangat untuk berjaya. Ada Hadith Rasulullah S.A.W. yang mengatakan bahawa kalau kita berkawan dengan penjual minyak wangi, badan kita juga akan berbau harum.
Teknik 3
Jauhi Sahabat Berfikiran Negatif
Sama seperti teknik kedua, jika anda boleh mengekalkan imej positif dan imej kejayaan dalam minda anda dengan berkawan dengan pelajar-pelajar yang bersemangat untuk berjaya, anda juga boleh kekalkan imej positif dengan menjauhkan diri daripada pelajar-pelajar yang bersifat negatif, malas, biadap, bising dalam kelas dan tidak mementingkan pelajaran mereka. Ada satu pepatah Inggeris yang mengatakan bahawa, “Jika anda mahu terbang bersama helang di langit, anda tidak boleh terus mencakar bersama ayam di tanah”.
Teknik 4
Mulakan dengan api yang kecil
Teknik motivasi diri menjelang peperiksaan yang keempat ialah, mulakan dengan api semangat yang kecil dan biar ia merebak menjadi api semangat yang berkobar-kobar. Biar saya terangkan dengan lebih lanjut.
Ada dua kaedah utama untuk menyalakan api semangat yang kecil ini.
1. Menguasai satu bahagian kecil subjek
2. Mencari faktor atau perkara yang boleh menyalakan api semangat yang kecil itu.
Teknik 5
Lakonkan Watak Kejayaan
Apa yang perlu anda buat ialah, apabila anda hendak duduk dan mula belajar, berlakon seolah-olah anda adalah seorang pelajar paling pintar di Malaysia. Apabila hendak berlakon, anda perlu buat betul-betul seperti orang berlakon.
Mengapa perlu berlakon?……… Sebabnya, otak anda tidak dapat membezakan sama ada berlakon atau betul-betul rasa seronok dan pintar semasa belajar. Jadi, bila anda berlakon seperti pelajar pintar, pergerakan tubuh anda akan berubah jadi seperti pelajar pintar dengan sendirinya. Tetapi yang lebih hebat, pemikiran anda akan jadi lebih lancar dan lebih mudah untuk memahami sesuatu. Pendek kata, anda betul-betul jadi pelajar pintar.
Teknik 6
Kurangkan Tekanan Perasaan
Peperiksaan sudah semakin hampir. Bagaimanakah perasaan anda? Tertekan? Letih? Gementar? Atau anda rasa gembira kerana debaran sepanjang tahun ini akan berakhir tidak lama lagi?
Merasa gementar atau tertekan adalah perkara biasa. Namun perkara biasa ini boleh menjadi luar biasa jika anda tidak boleh mengawalnya.
Teknik 7
Doa
Tips ketujuh untuk motivasi diri menjelang peperiksaan yang ingin saya kongsikan hari ini adalah teknik yang paling penting dan meliputi semua teknik-teknik yang telah saya berikan. Jangan fikir ini teknik terakhir maka ia tidak penting! Saya letakkan teknik ini di bahagian teknik paling akhir kerana anda perlu faham teknik pertama hingga keenam dahulu sebelum anda boleh kuasai teknik ke tujuh ini. Teknik ini ialah doa yang khusus.

No comments: