Saturday, March 19, 2011

PELUANG LANJUTAN PENDIDIKAN LEPASAN SPM

Bagi lepasan SPM, terdapat beberapa peluang pendidikan yang boleh anda terokai... antaranya adalah;


1. Kepada lepasan SPM yang berminat untuk menjadi seorang GURU, anda boleh membuat permohonan di laman web seperti di bawah sebelum 21 Mac 2011. Sebelum itu, anda perlu membeli no pin di kaunter BSN.

2. Untuk permohonan kemasukan ke IPTA dalam sebarang jurusan atau kursus, permohonan untuk fasa 2 sedang dibuka sehingga 4 April 2011. Anda juga perlu membeli no pin di kaunter BSN. Laman web untuk urusan permohonan adalah seperti berikut:

3. Bagi pelajar yang lebih berminat dengan aliran kemahiran seperti automotif, mekanikal, elektronik dan sebagainya, anda boleh memohon untuk ke Politeknik, Institut Kemahiran Mara, Institut Latihan Perindustrian dan lain-lain di laman web ini. Sebelum itu, beli no pin di kaunter BSN. Tarikh tutup permohonan adalah pada 4 April 2011

4. Kolej Komuniti adalah untuk pelajar yang hanya meminati bahagian kemahiran. Permohonan kemasukan ke kolej komuniti boleh dibuat di Laman web ini.

5. Bagi permohonan ke Matrikulasi, permohonan boleh dibuat melalui sekolah masing2 di mana permohonan dibuka pada bulan September/Oktober setiap tahun.

6. Bagi pelajar lepasan SPM yang ingin memilih IPTS sebagai pilihan pendidikan lanjutan, anda boleh menyemak terlebih dahulu samada kolej yang anda pilih mempunyai kelulusan dari Agensi Kelayakan Malaysia MQA di laman web ini dan permohonan terus boleh dibuat melalui laman web IPTS tersebut.

Kepada semua lepasan SPM, diharapkan semoga info ini dapat membantu anda memilih pendidikan lanjutan yang bersesuaian dengan anda. Semoga Berjaya!!

No comments: